SEJARAH
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Nama Kursus:
MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Nama Pensyarah:
Zulkifli
Awang Besar
Nama Ahli
Kumpulan:
Ammar Faiz Bin
Ahmad Nasruddin (04DPM21F2016)
Amir Aiman
Bin Aziz (04DPM21F2105)
Syahrul Aiman Bin Khairul Hamidy (04DPM21F2065)
OBJEKTIF BLOG
-Untuk
berkongsi ilmu pengatahuan
-Untuk
menambah ilmu tentang sejarah Malaysia
-Untuk
menerangkan kepentingan masyasrakat majmuk
Malaysia pada hari ini dialami oleh
pelbagai bangsa , kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaun
dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bhasa, agama dan adat
resam.
Tiga
kaum yang terbesar di Tanah Melayu, Cina, India. Pada pertengatah abad ke-19,
berlaku penhinrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu
ekoran dasar colonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja
di tapak-tapak perlombongan dan dalam sector ekonomi.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British
mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum
pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identity dan budaya masing-masing
sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya
terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari
masa ke semasa.
SEJARAH KEDATANGAN KAUM BUKAN MELAYU KE TANAH MELAYU SEBELUM ERA KOLONIAL
1.1 Era Sebelum Penjajahan Alam Melayu
Di zaman ini,
masyarakat luar memang banyak yang merantau ke Alam Melayu, termasuklah
bangsa Eropah.1 Merujuk
khusus kepada bangsa British, mereka terlibat secara aktif sebagai
pedagang
kecil-kecilan yang dikenali sebagai pedagang tempatan di kawasan Alam Melayu.
Sejak awal lagi,
barang dagangan yang diniagakan adalah barangan yang memudaratkan
seperti hamba,
candu dan senjata api. Selain itu, mereka terlibat sama mengumpul maklumat
tentang kawasan
pelabuhan Alam Melayu yang disalurkan kepada kuasa besar di Eropah.
Golongan ini banyak
melobi dan meyakinkan kuasa di Eropah tentang prospek perdagangan
di Alam Melayu bagi
menghentikan monopoli barangan berharga seperti rempah yang
dikuasai oleh
pedagang Islam. Sebagai contohnya, pedagang tempatan2 bertanggungjawab
mengumpul maklumat
tentang negeri Melayu dan mempengaruhi kerajaan British di India
untuk campurtangan
di Tanah Melayu.
Antara maklumat ini adalah Terengganu sebagai
pelabuhan core 3 yang maju - terkenal dengan bahan ekspot emas dan lada
hitam. Terengganu
telah menjadi
rebutan antara pihak British dengan Belanda yang memandang ianya terletak
dalam kawasan dagang
yang strategik; jalan dagang antara Tanah Melayu dengan China
ataupun tempat
persinggahan jalan dagang antara kawasan timur dan barat.
Dalam hal ini,
Kapten Joseph Jackson menulis: “Terengganu adalah negeri yang kaya
dan maju dan
mempunyai pelbagai jenis barangan.Orang china mempunyai penempatan yang besar
dan menjalankan perdagangan yang giat disini.” Pelabuhan Terengganu dan Pahang 33Sejarah, No.
26, Bil. 1, Jun 2017, hlm. 33-49
dikatakan bersifat
kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan
sebagainya. Urus
niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari
kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan
Tanah Arab) pada masa itu. Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan
British di India dengan pedagang British yang menjadi orang tengahnya. Berlaku
pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri
daripada emas, timah, lada hitam,beras, senjata api dan candu.
1.2
Pengaruh Agama Hindu Buddha dalam Kerajaan Awal
Sebelum
kedatangan pengaruh kebudayaan India, masyarakat Asia Tenggara secara umumnya telah mengembangkan
budaya sendiri semenjak dari Zaman Logam.
Cara
Kedatangan Hindu Buddha ke Asia Tenggara
Terdapat
beberapa pendapat tentang kedatangan pengaruh agama Hindu Buddha ke Asia
Tenggara.
- Pendapat Pertama
Pengaruh India telah dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera.
- Pendapat Kedua
Pengaruh
tersebut dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya.
- Pendapat Ketiga
Pengaruh
ini dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta.
SEJARAH KEDATANGAN KAUM
BUKAN MELAYU PADA ERA KOLONIAL
MASYARAKAT CINA
KESAN PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
EKONOMI
Perubahan sistem sara diri kepada
sistem komersial disebabkan dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas
berlaku. Ini mengakibatkan pembukaan
tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak
mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi
moden berteraskan industri berasaskan buruh. Oleh itu, keperluan pemodenan
prasarana baru memerlukan tenaga buruh dan berlakulah kemasukan buruh-buruh
asing.
Setiap kaum mengambil inisiatif mengikut
sukatan pendidikan serta mengambil guru dari negara asal mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa Inggeris tidak
mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan
mereka. Sementelah orang-orang Melayu
hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri
sahaja dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu
akademik. Anak-anak para bangsawan
Melayu dikhaskan mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik. Justeru, keadaan dasar ini sebenarnya
menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih
lagi memperolehi pendidikan walaupun di negara asing. Oleh itu, ini menjelaskan bahawa Inggeris
sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah.
Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik.
POLITIK
Pada tahun 1930an juga undang-undang imigrasi menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang imigrasi pada tahun 1930an kerana keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya.
Kewujudan jabatan Pelindungan Orang
Asing adalah untuk melindungi para buruh imigran daripada ditindas dan dianiaya
oleh kongsi gelap mahupun majikan. Jabatan
Pelindungan Orang Asing yang dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap
buruh-buruh asing menunjukkkan
seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh
bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.
Kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran diperkukuhkan lagi dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang Asing. Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal. Pada tahun 1927–1932 sewaktu kemelesetan ekonomi orang-orang asing hendak pulang ke negara asal mereka dan menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran
daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.
SUMBER RUJUKAN
Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia
(ansuez.blogspot.com)
E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN - Membalik Buku Halaman 1-28 |
AnyFlip
Sejarah Pembentukan Masyarakat
Majmuk di Malaysia
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA – MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA (wordpress.com)
No comments:
Post a Comment